Haqimi Azim. Foto FB KL City.

KUALA LUMPUR – Penyerang muda skuad kebangsaan, Haqimi Azim Rosli dilaporkan bakal menyertai juara saingan Liga Super musim 2024/2025 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Haqimi Azim, 22, difahamkan sudah mengikat kontrak bersama kelab Harimau Selatan itu.

Malah dia turut memberi bayangan perpisahan dengan KL City FC di  laman media sosial Instagram miliknya sebelum menentang Kelantan malam tadi.

“Walaupun selepas ini kita mungkin membawa haluan masing-masing, setiap detik yang kita kongsi akan sentiasa dekat di hati. Jaga diri, semoga kita bertemu lagi,” tulisnya.

Pemerhati bola sepak tanah air, Zulhelmi Zainal Azam turut memuat naik satu hantaran di platform media sosial miliknya yang memberi bayangan seolah-olah Haqimi Azim bakal menjadi pemain terbaharu yang akan menyertai skuad Harimau Selatan dalam ‘perpindahan mega’ akan datang.

Haqimi Azim beraksi bersama KL City sejak musim 2022 di mana kelab itu menutup musim Liga Malaysia 2024-2025 dengan kemenangan apabila mengutip tiga mata di hadapan penyokong sendiri setelah menumpaskan Kelantan DN 5-2.

Dia yang mencuri tumpuan dalam saingan Piala Asia B-23 di Qatar apabila menjadi satu-satunya penjaring gol Malaysia dikatakan turut menarik minat beberapa kelab besar lain termasuk Selangor FC.

Jika melihat kepada laman web Transfermarket, penyerang muda itu bakal menamatkan kontraknya bersama Kuala Lumpur City FC pada 31 Mei depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here