Dominic pada sesi temu bual khas bersama media, di Ibu Pejabat Parti Gerakan, di Menara PGRM, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir sebagai botol baharu, tetapi ‘isinya lama’.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau mendakwa banyak idea yang dibentangkan calon itu hanya merupakan pembaharuan daripada pilihan raya yang lepas.

“Manifesto pilihan raya adalah untuk menyampaikan ideologi, bukan untuk menggambarkan janji-janji kosong atau melakukan percakapan kosong.

“Pendekatan yang pragmatik dalam membangunkan negara dan memberi khidmat kepada pengundi adalah yang benar-benar membawa faedah kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, Kerajaan Perpaduan yang memerintah selama dua setengah tahun masih gagal menangani masalah asas seperti santan dan beras dengan baik.

Sehubungan itu, beliau yakin kerajaan sukar untuk mempercayai janji-janji yang diberikan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Mengulas lanjut katanya lagi, manifesto Yusri memerlukan sistem pembahagian yang lengkap untuk dilaksanakan secara terperinci kerana ia bertujuan untuk meningkatkan kebolehan hidup rakyat.

“Jika gaji rakyat tidak dapat mengikuti kos hidup harian dan harga barangan keperluan yang semakin meningkat, kehidupan rakyat pasti akan tetap susah,” tambahnya.

Beliau menegaskan, manifesto pilihan raya adalah suatu janji kepada rakyat, bukan satu permainan, dan ia tidak boleh dipandang ringan.

“Sebelum Yusri membuat janji-janji tersebut, beliau harus menilai dan menyemak terlebih dahulu faktor-faktor subjektif dan objektif yang dihadapi, tidak boleh hanya memberikan janji kosong kepada pengundi tanpa tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Air Kuning Sejahtera Bersama’ menjadi tema utama manifesto calon BN PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menurut Yusri, manifesto itu lahir daripada cetusan harapan dan aspirasi masyarakat setempat yang didengari sendiri sepanjang kempen di lapangan.

Mohamad Yusri, 54, berkata, manifesto tersebut berasaskan tiga tekad utama iaitu menjamin perpaduan masyarakat pelbagai kaum, menolak sentimen perkauman dan politik kebencian serta menghubungkan inisiatif sosioekonomi DUN Ayer Kuning selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here