Gambar hiasan

NAIROBI – Seorang gadis berusia 14 tahun dibaham singa di pinggir Nairobi, kata Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya (KWS).

Kanak-kanak itu telah diserang dari kawasan kediaman di ladang bersebelahan Taman Negara Nairobi.

Susulan kejadian itu, renjer KWS mengikuti jejak hingga ke Sungai Mbagathi berhampiran dan menemui mayat gadis sekolah rendah itu.

Namun, haiwan liar itu masih belum ditemui tetapi perangkap telah dipasang.

Malah, KWS telah mengerahkan pasukannya mencari singa tersebut.

KWS menambah, langkah-langkah keselamatan tambahan telah diambil untuk mengelakkan sebarang serangan selanjutnya.

Taman Negara Nairobi terletak hanya 10 kilometer dari pusat bandar dan merupakan populasi kepada singa, kerbau, zirafah, harimau bintang dan cheetah.

Ia dipagar di tiga sisi untuk mengelak haiwan berkeliaran ke bandar tetapi ia dibuka ke selatan untuk membolehkan haiwan berhijrah masuk dan keluar dari kawasan tersebut

Walaupun singa sering berkonflik dengan manusia di Kenya, terutamanya ternakan, ia bukanlah perkara biasa bagi manusia dibunuh.

Tahun lepas, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan detik seekor singa membaham seekor anjing Rottweiler dari sebuah rumah berhampiran Taman Negara Nairobi.

KWS juga melaporkan seorang lelaki berusia 54 tahun maut diserang seekor gajah pada hari Sabtu di daerah Nyeri tengah, kira-kira 130 kilometer di utara Nairobi.

Gajah itu sedang meragut di Mere Forest semasa ia menyerang lelaki itu, yang mengalami kecederaan parah di dada, patah tulang rusuk dan trauma dalaman.

Dia dibawa ke hospital berdekatan tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here