Mohamad Karim menyiram air ke atas pusara anaknya, Manarina selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chempelak, Labis, Segamat, malam tadi.

SEGAMAT – Suasana pilu menyelubungi upacara pengkebumian penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut dilanggar bas dalam kampus induk Sintok, Kedah di Tanah Perkuburan Islam Felda Chempelak, Labis di sini malam tadi.

Jenazah Allahyarhamah Manarina Hasya Muhammad Karim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chempelak, Labis di sini, di kampung halamannya kira-kira pukul 11.45 malam.

Kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir Jenazah pelajar semester keempat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di UUM itu.

Jenazah anak sulung empat beradik itu yang dibawa dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah pukul 1.15 tengah hari semalam selepas dituntut pihak pengurusan UUM.

Bedah siasat hospital mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan lebam pada jantung yang berpunca daripada hentakan atau perlanggaran kenderaan.

Jenazah Allahyarhamah tiba di Masjid Jamek Nur Hidayah, Felda Chempelak, Labis pukul 11 malam menggunakan van jenazah Pusat Islam UUM.

Media melaporkan Manarina Hasya disahkan meninggal dunia pukul 6.30 petang kelmarin ketika menerima rawatan di HSB, Alor Setar.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada anggota badan selepas dirempuh sebuah bas ketika beratur menaiki bas di perhentian bas di Jalan Persiaran Perdana, Kampus UUM Sintok pukul 8.45 pagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here