Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai terjatuh dari sebuah blok kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Empat Tin, Kampung Batu hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pukul 2.24 petang tadi.

“Kanak-kanak berusia 12 tahun itu dipercayai jatuh dari tingkat enam bangunan berkenaan. Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ringkas hari ini.

Tambah Ahmad Sukarno, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here