Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

JAKARTA – Malaysia yang mendapat kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berbesar hati untuk berkongsi teknologi tersebut bersama-sama Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkongsian itu difikirkan perlu bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang AI.

“UniKL sendiri telah melakukan lawatan susulan dan mengadakan perbincangan secara terperinci bagaimana Fakulti AI ini dapat kita kongsikan dengan Indonesia dalam perkara ini.

“Walaupun Indonesia sendiri sebenarnya ada pendidikan dalam AI dan kita mahu berkongsi dalam bidang baru ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Wakil Gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta, Rano Karno turut berkata, pihaknya berbesar hati dengan pandangan itu malah amat menghargai keterbukaan Malaysia untuk kebaikan Indonesia.

“Memang kami akan berencana mengirim pelajar-pelajar kami Ke Kuala Lumpur mungkin lebih dari 150 orang untuk belajar di sana kerana Jakarta ini akan menuju kota global dimana kota global adalah sumber daya manusia,” katanya dalam sidang media sama.

Hadir sama adalah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menunjukkan minat untuk bekerjasama dalam bidang AI kerana dilihat terkehadapan dalam adaptasi AI dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan awam.

Malah Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI), sebuah universiti di sini yang mengadakan pengkhususan dalam bidang AI telah lama mengetengahkan teknologi itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast