Pablo Josue. Foto FB KL CIty.

KUALA LUMPUR – Pemain Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue sah akan meninggalkan pasukan itu pada musim depan,

Pengumuman itu dibuatnya menerusi satu perkongsian di laman sosial milkinya sekali gus menamatkan karier panjangnya bersama skuad Ibu Kota.

Pemain berusia 35 tahun itu merupakan ayam tambatan The City Boys selama hampir lapan musim sejak bersama pasukan pada tahun 2017.

Difaham, kelab Vietnam iaitu Haiphong dilaporkan berminat untuk mendapatkan Josue selepas mempamerkan menunjukkan prestasi cemerlang musim ini dengan 17 gol dalam Liga Super.

Dua lagi pemain pasukan kebangsaan yang dilaporkan turut dalam pantauan kelab luar negara iaitu kelab Thailand ialah duo Sabah FC, Stuart Wilkin dan Dominic Tan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here