TANGKAP layar video pertemuan Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama pihak pengurusan Universiti Al-Azhar baru-baru ini. - Video: FB Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

 

KUALA LUMPUR – Pelajar perubatan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Universiti Al-Azhar mendapat pengurangan yuran pengajian daripada RM150,000 kepada hanya RM85,000 bagi tempoh pengajian lima tahun.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi media sosial Facebook beliau hari ini yang turut menjelaskan, diskaun tersebut diperoleh hasil rundingan dengan universiti berkenaan empat bulan lalu.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengarahkan Mara untuk segera menyiapkan kertas cadangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri.

“(Ini) untuk membolehkan Mara kembali menaja pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian di Universiti Al-Azhar,” katanya.

Menerusi perkongsian sama, Asyraf Wajdi turut berkongsi video kunjungan beliau bersama delegasi Mara ketika bertemu Presiden Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Salamah Abu Daud dan Naib Presiden Universiti Al-Azhar, Dr. Mahmoud Siddiq bagi memperkukkuh hubungan antara kedua-dua pihak baru-baru ini.

Kunjungan itu juga dilakukan dengan harapan pihak Universiti Al-Azhar dapat mempertimbangkan penambahan kuota mahasiswa perubatan yang cemerlang di Malaysia dalam mengisi keperluan perubatan di negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here