Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 21 APRIL 2025
PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk melakukan rombakan Kabinet susulan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri tewas dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan parti itu tidak melibatkan soal pentadbiran sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.
“Ini pemilihan parti, jalan dengan baik, ada apa-apa masalah musykil, boleh dibangkit dalam mesyuarat khas pada Rabu.
“Tapi ini soal parti, soal parti, tiada timbul soal kerjaan negeri , Kerajaan Persekutuan, jalan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pendidikan Tinggi, di sini, hari ini.
Sebelum ini, pemilihan PKR 2025 bagi peringkat cabang merangkumi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita mencatatkan kejutan besar apabila beberapa nama besar dan berjawatan dalam kerajaan termasuk Menteri dan Timbalan Menteri tewas.
Antaranya Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Setiawangsa selepas ditewaskan pencabarnya yang juga pengarah dab pelakon terknal, Afdlin Shauki.
Keputusan rasmi di laman sesawang rasmi PKR menunjukkan Afdlin memperoleh 631 undi, berbanding Nik Nazmi yang hanya meraih 563 undi.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, beliau tidak melihat keputusan dan gelombang dalam pemilihan itu sebagai satu percaturan politik dalaman.
“Saya lihat dari segi prestasi masing-masing dan bukan dari segi percaturan politik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here