Gambar hiasan

KANGAR – Polis mengesahkan menerima laporan kejadian seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai menyamar sebagai penolong pegawai perubatan di sebuah hospital di sini, yang video memaparkan lelaki itu lengkap beruniform seperti petugas kesihatan itu tular melalui platform tiktok semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihak polis menerima laporan mengenai penyamaran lelaki itu pada 9 April dan kini polis sedang menyiasat kes itu secara terperinci mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

“Untuk makluman awal pihak polis ada terima laporan. Siasatan sedang dijalankan pihak polis,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada pemberita hari ini.

Semakan Bernama setakat berita ini ditulis mendapati video itu telah pun dipadam menerusi akaun tiktok berkenaan.- BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here