KUALA LUMPUR – Pemimpin utama gereja Katolik Pope Francis meninggal dunia pada usia 88 tahun di kediamannya di Casa Santa Marta, Vatican.
Mememtik Vatican News, Kardinal Kevin Farrell, Camerlengo dari Dewan Apostolik, mengumumkan kematian Pope Francis dari Casa Santa Mart pada pukul 9.45 pagi waktu tempatan.
Pope telah dimasukkan ke Hospital Poliklinik Agostino Gemelli pada 14 Februari lalu, selepas mengalami serangan bronkitis selama beberapa hari.
Keadaan klinikal Francis beransur-ansur bertambah buruk, dan doktornya mendiagnosis radang paru-paru dua hala 18 Februari lalu.
Selepas 38 hari di hospital, mendiang Pope kembali ke kediamannya di Vatican di Casa Santa Marta untuk meneruskan pemulihannya. – Agensi