Mohd Na'im (empat dari kanan) bergambar selepas Majlis Serahan Sumbangan dan Pelancaran Bangunan Ibu Pejabat Baharu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Bangunan pusat perniagaan Ochre@Alamanda bakal bertukar nama kepada Wisma Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) atau Menara YAPIEM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara tersebut telahpun dibincangkan bersama Perbadanan Putrajaya (PPj).

Katanya, presiden PPj secara umumnya bersetuju dengan cadangan tersebut namun terdapat beberapa proses yang sedang berjalan dan memerlukan sedikit masa.

“Kita harap agar bangunan ini akan dapat ditukar nama supaya orang ramai sedar kewujudan salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Sebab YAPEIM memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi masyarakat Islam.

“Saya minta pengurusan YAPEIM untuk sentiasa follow up. Pihak saya dan Fadlun (Presiden PPj, Datuk Fadlun Mak Ujud) tidak ada sebarang halangan untuk tukar nama, sebab bila dah tukar kepada menara atau wisma YAPEIM ia melambangkan keberadaan YAPEIM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serahan Sumbangan dan Pelancaran Bangunan Ibu Pejabat Baharu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM), di sini, hari ini,

Hadir sama Timbalannya, Senator Dr Zulkifli Hasan, Pemegang Amanah YAPIEM, Abdul Khudus Mohd Naaim dan Ketua Pengarah YAPIEM, Zabidi Nasan.

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata, sekiranya bangunan berkenaan dapat bertukar nama ia akan menjadi satu sejarah di Wilayah Putrajaya yang mana agensi agama memiliki nama pada bangunannya.

Katanya, beliau mengharapkan agar perkara berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Kalau ada menara, alhamdulillah…sekurang-kurangnya ada satu agensi agama di Putrajaya yang memiliki nama sendiri pada bangunan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here