“Pihak UUM telah pun memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah pun melakukan dua jawatankuasa bagi melihat keseluruhan dari segi prosedur dan juga hal-hal berkaitan.
“Ia bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang di masa akan datang dan supaya prosedur tersebut dipatuhi dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPT 2025, di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan dua pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan meragut nyawa pelajar UUM, Manarina Hasya Muhammad Karim, sudah diambil keterangan polis.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kedua-dua pemandu berusia 32 dan 37 tahun itu dibebaskan selepas keterangan diambil.
Selain itu, Mohd Radzi berkata, hasil laporan bedah siasat, mendapati, Manarina Hasya, 22, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan lebam pada jantung, berpunca daripada hentakan kenderaan.
Dalam pada itu, Zambry yang mewakili KPT menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pelajar terbabit dan berasa kesal mengenai insiden tersebut.