JAKARTA – Sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi ke Indonesia dari 20 hingga 22 April 2025, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkesempatan merasmikan pelepasan ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025) di Jakarta.

Menurut Ahmad Zahid, inisiatif kelestarian alam ini mencerminkan komitmen kukuh Malaysia dalam memperkukuh integrasi serantau, mempromosikan mobiliti lestari dan memajukan inovasi di seluruh Asia Tenggara.

“Saya percaya inisiatif ini bukan sahaja menyerlahkan kepimpinan Malaysia yang semakin berkembang dalam bidang kenderaan elektrik dan inovasi automotif, tetapi juga mencerminkan visi lebih luas kita untuk ASEAN yang berdaya tahan dan berpandangan ke hadapan.

“Saya menantikan impak positif yang akan diilhamkan oleh perjalanan ini di seluruh rantau ini,” katanya selepas merasmikan AUD 2025, di Kedutaan Besar Malaysia, hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, inisiatif ini, yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dengan sokongan daripada pembuat kereta nasional Malaysia Proton.

Ia menandakan permulaan perjalanan luar biasa sejauh 9,000 kilometer merentasi sembilan negara ASEAN.

Untuk rekod, konvoi ini diketuai oleh Proton e.MAS 7—kenderaan elektrik rasmi untuk pemanduan ini—melambangkan kepimpinan Malaysia dalam peralihan ke arah pengangkutan bersih dan lestari.

Hadir dalam pelepasan itu adalah Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn; Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Datin Sarah Al Bakri Devadason.

Kehadiran mereka mencerminkan semangat serantau yang dikongsi bersama dan hubungan diplomatik erat yang terus dipupuk, terutamanya ketika Malaysia bersiap sedia untuk memegang Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

ASEAN Unity Drive bukan sekadar ekspedisi fizikal malah mencerminkan kenyataan berkuasa tentang cita-cita kolektif Malaysia untuk mengintegrasikan kelestarian, inovasi, dan kerjasama serantau ke dalam masa depan mobiliti.

Ketika konvoi ini telah bergerak ke destinasi seterusnya di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam dan akan terus berinteraksi dengan pihak berkepentingan, kerajaan, dan komuniti di seluruh ASEAN bagi memperkukuh hubungan antara rakyat dan mengukuhkan aspirasi bersama kita untuk pembangunan inklusif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here