Foto tular

KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak berpuas hati kerana tidak mendapat bilik hotel dipercayai menjadi punca  pergaduhan di dalam sebuah bilik kasino di Genting Highlands, Pahang pada 17 April lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, susulan kejadian itu, dua lelaki dan seorang wanita warga asing telah ditahan sekitar pukul 3.05 pagi pada hari sama.

“Penahanan kesemua suspek berusia antara 32 hingga 59 tahun dibuat oleh polis bantuan dan telah direman enam hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas suspek gagal mendapatkan bilik hotel di Genting Highlands walaupun telah membayar sebanyak RM1,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zaiham, polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 42 saat di media sosial hingga mendapat pelbagai reaksi warganet. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here