NEW DELHI – Sebuah hospital India sedang disiasat selepas doktor tersilap membedah seorang lelaki tua yang menemani anaknya.
Kes kecuaian perubatan berlaku pada 12 April lalu di Hospital Kolej Perubatan Kota di utara negeri Rajasthan, menurut media tempatan.
Jagdish Panchal, 60, sedang menunggu berhampiran bilik bedah tempat anaknya menjalani pembedahan untuk kecederaan yang dialami dalam kemalangan jalan raya apabila kakitangan memanggil pesakit lain dengan nama pertama yang sama.
Panchal, yang tidak dapat bercakap kerana lumpuh muka, tanpa disedari mengangkat tangannya dan dibawa ke dewan bedah tanpa pengesahan identitinya dengan betul, lapor India Today.
Pasukan pembedahan meletakkan Panchal di atas meja dan memberikan anestesia sebelum membuat melakukan pembedahan pada lengannya untuk prosedur fistula dialisis.
Kesilapan itu disedari apabila anak lelaki Panchal, Manish, selesai menjalani pembedahan dan mendapati bapanya hilang dari ruang menunggu.
Dimaklumkan, doktor yang merawat Manish memasuki dewan bedah, tempat lelaki tua itu berada dan menghentikan sebarang prosedur selanjutnya.
Pasukan itu kemudian menjahit potongan yang dibuat ke atas Panchal menghantarnya ke wad.
Sumber hospital memberitahu India Today, Panchal tidak memakai gaun pesakit dan tidak menjalani prosedur praoperasi standard, seperti lengannya dicukur dan dibersihkan.
Walaupun terdapat kesilapan yang jelas, kakitangan perubatan gagal mengenal pasti kesilapan dan meneruskan operasi.
Insiden ini bukanlah kesilapan pertama di India dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Pada Jun tahun lalu, doktor di Thane, sebuah bandar di luar Mumbai, dituduh melakukan kesalahan pembedahan pada kemaluan budak lelaki berusia sembilan tahun dan bukan pada kakinya yang cedera.
Sebulan sebelum itu, seorang lelaki di Kerala mengadu implan untuk pesakit lain telah tersalah dimasukkan ke dalam tangannya yang patah, hanya beberapa hari selepas seorang doktor di negeri selatan yang sama digantung kerja kerana didakwa melakukan pembeahan lidah seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan bukannya membuang jari keenamnya melalui pembedahan. – Agensi