Pengurusan Universiti IMU meraikan majlis Talent Award 2025.

KUALA LUMPUR – Universiti IMU amat berbesar hati atas pengiktirafan sebagai salah sebuah institusi Pilihan Majikan 2025 oleh Talentbank National Graduate Employability Index (GE Index).

IMU berkata, pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan tinggi para majikan terkemuka merentasi pelbagai industri terhadap keupayaannya dalam melahirkan graduan yang berkualiti serta bersedia untuk dunia pekerjaan, dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Berdasarkan maklum balas langsung daripada para perekrut dan pemimpin industri, IMU telah dikenal pasti sebagai sebuah universiti yang unggul dan cemerlang dalam mempersiapkan pelajar untuk menghadapi tuntutan tenaga kerja moden yang sentiasa berevolusi.

Pada majlis anugerah yang dipengerusikan oleh Datuk Ts Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, IMU telah dianugerahkan 6 Bintang – Juara Teladan dalam bidang Perubatan, Kejururawatan, Farmasi dan Kiropraktik, serta 6 Bintang untuk Bioteknologi Perubatan sekali gus mengukuhkan kedudukan IMU sebagai peneraju akademik dalam bidang-bidang utama penjagaan kesihatan.

Lebih membanggakan, ini merupakan tahun kedua berturut-turut Program Farmasi IMU menerima pengiktirafan Juara Teladan, memperkukuh reputasinya dalam arena pendidikan farmasi.

Talentbank GE Index berperanan sebagai rujukan utama bagi lepasan sekolah dan ibu bapa dalam mengenal pasti institusi pengajian tinggi yang bukan sahaja unggul dari segi akademik, tetapi turut melahirkan graduan dengan prospek kerjaya yang memberangsangkan.

“Pengiktirafan ini memperkukuh misi kami untuk melengkapkan pelajar bukan sekadar dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga dengan keyakinan dan kebolehsuaian yang tinggi untuk cemerlang dalam pasaran kerja yang berdaya saing,” ujar Ahli Akademik Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail, Naib Canselor Universiti IMU. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here