Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil

KUALA LUMPUR – Bekas ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil bakal kembali menguruskan kelab Liga Super musim depan selepas spekulasi timbul dia memilih  Negeri Sembilan sebagai destinasi baharu.

Malah kehadiran pengendali berusia 45 tahun itu itu akan turut diikuti pemain pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee  dan penjaga gawang Kuala Lumpur (KL) City, Azri Ghani bagi memperkuatkan skuad The Jang musim depan.

Sentuhan Nidzam yang turut digelar ‘Jurgen Klopp Malaysia’ ditagih dalam usaha membantu Negeri Sembilan yang menamatkan kempen liga di kedudukan kedua tercorot dengan hanya 16 mata musim.

Ini kerana dia merupakan seorang jurulatih berpengalaman yang pernah membawa Selangor FC menunjukkan prestasi kompetitif serta dipercayai mampu membawa nafas baharu kepada pasukan.

Negeri Sembilan hanya merekodkan empat keputusan menang, empat seri dan 16 kali tewas sepanjang musim ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here