KUALA LUMPUR – Polis menahan lima individu yang terlibat dalam pergaduhan seperti tular di media sosial dipercayai berlaku ketika pesta Songkran di sebuah pusat beli belah di Damansara baru-baru ini.
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata, kesemua individu adalah lelaki berusia antara lewat 20 hingga 30-an.
Menurut beliau, hasil siasatan mendapati pergaduhan tersebut bermula apabila individu yang terlibat berebut untuk mengisi air untuk dimasukkan ke dalam pistol air yang digunakan dalam pesta tersebut.
Terdahulu, video pergaduhan berkenaan yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook pada jam 10 pagi tadi semalam.
Dalam video berdurasi 56 saat itu, sekumpulan pengunjung bergaduh dan membaling kerusi antara satu sama lain.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata.- MalaysiaGazette