Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bercakap kepada wartawan selepas hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 22 APRIL 2025

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus mempertingkatkan prosedur operasi standard (SOP) kawalan keselamatan di semua hospital bagi mengelakkan sebarang kejadian individu yang menyamar kakitangan perubatan tidak berulang lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut memberi jaminan KKM tidak berkompromi dalam aspek keselamatan dan memandang serius perkara tersebut.

Menurut beliau, insiden penyamaran yang berlaku di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis akan disiasat dari segala sudut termasuk aspek pembelian uniform lengkap Penolong Pegawai Perubatan (PPP) secara dalam talian.

“Apa jua yang menjejaskan keselamatan pesakit dan juga dari sudut integriti premis, kami akan perhatikan.

“Kita lihat keseluruhan perkara yang menjejaskan keselamatan. Kesemua itu akan kami pertimbangkan untuk diperketatkan.

“Akhirnya, soal keselamatan tidak akan kami kompromi,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Hari Raya Aidilfitri KKM di sini hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden penyamaran sebagai PPP oleh seorang lelaki yang tular di TikTok semalam, berlaku di pekarangan HTf di sini pada 8 April lalu.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Ghazali Chik berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 9.28 malam dan pelaku dikenal pasti sebagai orang awam berusia 22 tahun yang lengkap berpakaian seragam PPP serta membawa beg peralatan perubatan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penyamaran itu pada 9 April dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here