Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mulai 1 Mei 2025, pembayar cukai yang menerima surat atau notis Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) melalui peti surat di portal MyTax dan memerlukan penjelasan lanjut, boleh membuat janji temu dengan pegawai yang bertanggungjawab menerusi Sistem e-Janji Temu.

Permohonan janji temu ini boleh dilakukan menerusi portal MyTax > Peti Mel > Senarai Surat > SuratHASiL Berkaitan > Ikon e-Janji Temu.

Panduan Pengguna Sistem E-Janji Temu Back Office boleh dirujuk melalui portal MyTax > Panduan Pengguna > Manual Pengguna Permohonan e-Janji Temu HASiL (Pembayar Cukai).

Menurutnya, peluasan sistem e-Janji Temu ini memberi alternatif kepada pembayar cukai untuk berurusan dengannya L sama ada menghadiri sesi janji temu secara bersemuka di pejabat atau berurusan secara dalam talian mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing.

LHDN berharap dengan peluasan inisiatif ini dapat membantu pembayar cukai merancang dan mengurus hal-hal percukaian dengan lebih efektif, menjimatkan masa serta meningkatkan keberkesanan komunikasi pembayar cukai dengan pegawainya, sekali gus memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pelaksanaan Sistem e-Janji Temu telah diperkenalkan mulai 1 Januari 2023 bagi memudahkan pembayar cukai mendapatkan perkhidmatan percukaian di semua kaunter perkhidmatan LHDN.

Keberkesanan sistem ini, katanya, mendorong peluasan fungsinya pada 8 Mac 2024 yang membolehkan majikan mengemukakan permohonan perkhidmatan kaunter luar, sekali gus menawarkan fleksibiliti dalam perkhidmatan percukaian kepada pelanggan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here