Sesi rakaman percakapan antara pegawai MCMC dan seorang lelaki di IPD Ampang Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan palsu berkaitan negeri Pahang di platform Facebook miliknya pada 19 April lalu.

Kandungan tersebut dipercayai dijana melalui bantuan kecerdasan buatan dan susulan itu, pelbagai spekulasi dan persepsi negatif telah timbul dalam kalangan orang awam, berkaitan pekebun haram di daerah Raub, Pahang.

Sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut telah dijalankan di IPD Ampang Jaya semalam.

Sebuah telefon bimbit serta satu kad SIM telah disita bagi tujuan analisis forensik.

Kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta 588 dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan laman media sosial bagi tujuan penyebaran hantaran atau komentar palsu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here