KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia esok untuk Site Acceptance Test (SAT) di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Ujian itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. – MalaysiaGazette