MANILA – Tujuh pekerja lelaki sebuah kedai roti terbunuh dalam kejadian tikaman di Bandar Antipolo di wilayah Rizal, timur Manila, hari ini.
Polis berkata, kejadian berlaku awal pagi Selasa apabila seorang suspek seorang pekerja kedai roti memasuki kedai lalu menikam hingga mati rakan sekerjanya yang sedang tidur di dalam premis berkenaan.
Polis menahan suspek lelaki itu, yang menyerah diri sejurus selepas serangan tersebut.
Dalam video polis yang disiarkan di media sosial, suspek mengaku telah menggunakan dua pisau untuk membunuh tujuh rakan sekerjanya.
Suspek mendakwa rakan-rakannya itu merancang untuk membunuhnya.
Polis meneruskan siasatan untuk mengetahui punca serangan itu, termasuk pemeriksaan kesihatan mental suspek. – Agensi