Milos Gordic. Foto FB KDA FC.

KUALA LUMPUR – Penyerang import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Milos Gordic meluahkan rasa sedih kerana terpaksa pulang semula ke kampung halamannya di Serbia tanpa gaji.

Gordic, 25 yang kali terakhir untuk Kedah menentang Terengganu FC kelmarin mengakui dia berasa hampa kerana masih belum menerima gaji.

Malah dia turut mengakui mahu menangis kerana kesukaran hidup yang dialaminya namun terpaksa mendiamkan sahaja diri sebelum ini.

“Saya mahu menangis tapi saya tidak boleh buka mulut. Setiap kali anda mengajukan soalan, saya tidak dapat beritahu apa-apa.

“Saya pulang ke kampung halaman tanpa duit. Saya akan pulang ke negara saya tanpa wang. Saya rasa nak menangis,” ujar Gordic memetik laporan Stadium Astro.

Gordic antara pemain import yang setia dengan Kedah walaupun sering dikritik oleh penyokong-penyokong Sang Kenari akibat ketumpulan di depan gol.

Oleh kerana disebabkan kesetiaannya itu, dia masih menerima penghargaan tertinggi oleh para penyokong Kedah setiap kali beraksi.

“Tapi dengan keikhlasan hati, (saya terharu) kerana saya pergi ke mana-mana pun orang akan mengucapkan terima kasih,” katanya.

Kedah menutup musim 2024/2025 dengan kekalahan 0-3 kepada Terengganu dalam aksi yang diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Sang Kenari menutup musim penuh perit dengan menduduki tempat ke-11 Liga Super dengan 21 mata.

Kedah kini dihimpit krisis kewangan yang cukup parah apabila difahamkan, tunggakan gaji selama 12 bulan kepada pemain dan pegawai berjumlah RM7 juta masih belum diselesaikan.

Situasi itu telah menyebabkan ramai pemain utama ‘angkat kaki’, meninggalkan pasukan sebelum musim berakhir.

Sekiranya tunggakan ini tidak diselesaikan sebelum 30 April 2025, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) boleh mengambil tindakan untuk menggugurkan pasukan itu daripada Liga Super musim depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here