Keadaan teksi yang dipandu opeh warga emas berusia 72 tahun setelah terbabit kemalangan pada semalam

TEMERLOH – Seorang pemandu teksi maut apabila kenderaan yang dipandu bertembung dengan sebuah kereta di KM151 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, berhadapan Stesen Minyak BHP Sungai Kepong, Lanchang, semalam.

Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mangsa seorang warga emas berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS).

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Mentakab menghala ke arah Lanchang.

“Nahas membabitkan dua buah kenderaan teksi jenis Nissan dan Toyota Harier.

“Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian, tiba-tiba pemandu Toyota Harier dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan teksi dan berlaku perlanggaran menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Bagaimana pun pemandu teksi meninggal dunia semasa menerima rawatan manakala pemandu wanita berusia 67 tahun masih menerima rawatan di hospital,” katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here