JAKARTA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menegaskan aspek pengurusan bencana di dunia sentiasa berkembang dan berubah, maka dengan itu kerjasama rapat dengan mana-mana agensi pengurusan bencana asing amat perlu dilaksanakan.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, disebabkan itu, pengurusan bencara turut perlu ditambah baik bagi memastikan negara sentiasa bersedia menghadapi apa sahaja bencana di luar jangka pada masa akan datang.

“Pengurusan bencana sentiasa berkembang dan bukan statik, daripada segi perkongsian maklumat ia amat penting untuk setiap negara mengemaskini ataupun memastikan amalan pengurusan bencana mereka di peringkat terbaik bagi membolehkan ini dicapai amat penting kerjasama ini dari segi proses maklumat, kepakaran dapat diperingkatkan.

“Daripada segi perkongsian maklumat memang telah lama kita lalukan sebelum ini dan dengan lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Jakarta ianya akan lagi dapat dilakukan dengan lebih baik dan mengurangkan halangan perkongsian maklumat itu tidak berjalan dengan sebaik mungkin,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Khairul Shahril berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memuji tindakan tepat dan pantas Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN (AHA Centre) dan Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia dalam dalam menangani kesan gempa bumi yang melanda Myanmar hujung bulan lepas.

Mengulas lanjut, Khairul Shahril turut memaklumkan Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Indonesia dalam aspek pengurusan bencana khususnya dari segi perkongsian maklumat serta kepakaran teknikal.

Katanya, antara bentuk kerjasama yang boleh ditawarkan termasuklah latihan bersama serta penyaluran kepakaran Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kepada pasukan penyelamat Indonesia.

Tambah beliau, rundingan lebih terperinci akan diadakan bersama pihak BNPB Indonesia bagi membincangkan bentuk kerjasama yang sesuai.

“Antara yang boleh kita tawarkan adalah kepakaran pengurusan perjalanan bencana di Malaysia serta latihan bersama antara Pasukan SMART dan pasukan penyelamat Indonesia,” katanya.

Ditanya sama ada satu pasukan SMART di Malaysia sudah mencukupi, Khairul Shahril menjelaskan, kenyataan itu berkait dengan struktur pengurusan bencana di Malaysia yang berbeza daripada Indonesia.

“Indonesia berhadapan dengan pelbagai jenis bencana yang kerap dan kompleks, memerlukan pelbagai pasukan khusus. Malaysia pula mempunyai bilangan bencana yang lebih terkawal dan pelbagai agensi seperti bomba dan APM sedia memainkan peranan masing-masing,” katanya.

Menurut beliau, Malaysia telah mengadakan latihan berkala terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti Sabah antaranya latihan simulasi gempa bumi yang melibatkan kerjasama masyarakat setempat seperti Kundasang.

Tambah beliau, latihan penting supaya penduduk tahu bertindak apabila menerima amaran awal gempa bumi.

“Perkara-perkara ini memang sentiasa kita lakukan Walaupun sedangkan ini pelbagai pihak menyatakan bahawa Malaysia terletak di luar jajaran gunung berapi Ring Of Fire.

“Tetapi persediaan itu memang kita lakukan dan dalam masa yang sama, standard dari segi bangunan-bangunan di kawasan-kawasan yang kita lihat boleh mengalami kesan limpahan gempa bumi di kawasan lain juga telah dipertingkatkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia puji kepantasan AHA Centre tangani kesan gempa bumi Myanmar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here