Anggota polis membuang undi pada proses pengundian awal di Pusat Mengundi Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan IPD Tapah. Foto AMIRRUL RABBANI.

TAPAH – Seramai 582 pengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan menunaikan tanggungjawab hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan undi awal membabitkan pegawai dan anggota polis serta pasangan itu akan berlansung di dua pusat mengundi.

Sebanyak tiga saluran mengundi dibuka melibatkan dua saluran di Dewan Rekreasi APR Transit, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor dan satu saluran di Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Mengikut daftar pemilih, seramai 555 akan mengundi di Pusat Mengundi Dewan Rekreasi APR Transit, Batalion 3 PGA Bidor yang dibuka bermula jam 8 hingga 5 petang.

Manakala 27 lagi mengundi di Pusat Mengundi Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan IPD Tapah bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK DUN Ayer Kuning adalah seramai 31,897 orang dengan 31,315 merupakan pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, manakala pengundian awal pada 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 59, pada 22 Februari lepas akibat serangan jantung.

Pertandingan tiga penjuru itu menyaksikan pertembungan antara Dr Mohamad Yusri Bakir mewakili BN, Abd Muhaimin Malek dari PN dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here