KUALA LUMPUR – S Bala Burugan yang dilaporkan hilang sejak 7 Januari lalu, masih belum ditemui sehingga kini.
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mendapat laporan kehilangan lelaki berusia 57 tahun itu pada jam 12.31 tengah malam.
“Kali terakhir lelaki ini dilihat semasa berada di Seksyen 19, Petaling Jaya pada 6 Januari jam 9.20 malam,” katanya menerusi kenyataan.
Bala mempunyai ketinggian 166 sentimeter, berat 75 kilogram, berkulit gelap, rambut hitam dan berkaca mata.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa mohon tampil ke Balai Polis Sea Park di talian 03-78742222 atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD PJ di talian 03-79662222,” katanya lagi.-MalaysiaGazette