Lambang Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki bersenjatakan parang menyamun dua orang guru di sebuah taska di Tali Air 11, Pasir Panjang, Sabak Bernam, Selangor semalam.

Difahamkan taska itu mempunyai kira-kira 10 orang murid ketika insiden jam 9.50 pagi.

Ketua Polis Sabak Bernam, Md Yusof Ahmad berkata, guru berkenaan juga dikasari suspek sebelum menyamun rantai emas dan telefon bimbit.

“Kita terima panggilan kecemasan daripada seorang tenaga pengajar memaklumkan disamun tiga lelaki tempatan menaiki kereta Perodua Bezza.

“Suspek-supek ini meluru masuk dengan menggunakan parang sebelum larikan dua utas rantai emas dan satu telefon bimbit, guru wanita ini juga tampar pipi kanan dan kiri.

“Hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian terdapat dua guru, seorang pembantu dapur, dan 10 kanak-kanak di premis itu,” katanya.

Tambah beliau, tidak ada kanak-kanak cedera dalam insiden itu namun dua guru taska mengalami kerugian selepas barangan kemas dan telefon bimbit jenama Realme dilarikan suspek.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkawan dengan senjata.

“Ketika ini kita sedang giat cari semua suspek ini, sesiapa mempunyai sebarang maklumat mohon tampil membantu siasatan,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here