Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki dalam sebuah rumah di Pasir Gudang.

PASIR GUDANG – Tular kejadian seorang pemuda tidak bermaya selepas dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki dalam sebuah rumah yang dipercayai berlaku di sini.

Menerusi video yang tular dalam Facebook menunjukkan mangsa dibelasah secara berterusan tanpa belas ihsan oleh kira-kira lima hingga tujuh lelaki.

Berdasarkan video tular berdurasi 35 saat dan satu minit 22 saat memaparkan mangsa dipegang beberapa individu, sebelum ditumbuk dan disepak pada bahagian muka, dada serta anggota badan lain.

Salah satu video berkenaan turut memaparkan salah seorang daripada mereka menumbuk dan menendang alat sulit mangsa.

Mangsa dilihat tidak melawan dan kelihatan lemah dan longlai serta meronta kesakitan selain hidung kelihatan berdarah.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan sekumpulan remaja itu dan meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian itu segera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here