Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengukir kecemerlangan berterusan apabila berjaya mencatatkan lonjakan peratusan tertinggi bagi kesemua lima indikator utama yang menjadi ukuran keunggulan kebolehpasaran graduan sesebuah universiti bagi tahun 2024.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, ini merupakan kejayaan yang begitu membanggakan kerana kesemua 5 indikator
utama yang menjadi ukuran kebolehpasaran graduan telah dicapai dengan cemerlang oleh universiti ini.

Jelasnya, bagi indikator Kadar Bekerja Graduan (GE) UTeM mempamerkan peningkatan daripada 97.6% (2023) melonjak kepada 97.9% (2024) dan memberikan impak jelas menunjukkan lebih ramai graduan memperoleh pekerjaan.

Katanya, Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) UTeM melonjak daripada 97.7% (2023) kepada 98.1% (2024) dan perkara ini menandakan graduan UTeM semakin
menyerlah dalam pasaran kerja secara global.

“Sementara itu, UTeM turut menyerlah bagi indikator Graduan Bekerja dalam Bidang Pengajian denganh menunjukkan peningkatan ketara daripada 60.7% (2023) kepada 65.1% (2024).

“Indikator Graduan Menerima Gaji Melebihi RM3,000 pula turut menzahirkan lonjakan memberangsangkan dan memberi gambaran nyata semakin ramai graduan UTeM mendapat gaji yang sangat kompetitif bilamana meningkat daripada 24.4% (2023) kepada 35.7% (2024),” katanya lagi.

Massila menyatakan UTeM turut mencatatkan kejayaan bagi indikator Peratusan Graduan Tidak Bekerja apabila berjaya mencatatkan penurunan peratusan daripada
2.4% (2023) kepada 2.1% (2024).

Maklumat ini adalah dipetik daripada surat yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada UTeM dan juga perincian menerusi dapatan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang baharu sahaja dipaparkan.

Katanya lagi, UTeM turut mencatatkan kejayaan tersendiri dalam tempoh tiga tahun berurut-turut dari tahun 2022 hingga 2024 sebanyak 100 % graduan UTeM telah
memberikan maklum balas terhadap kaji selidik, memastikan data yang diperoleh adalah tepat dan menyeluruh.

Mengulas lanjut Massila berkata, graduan UTeM menjadi buruan utama syarikat-syarikat ternama dunia dan tempatan antaranya adalah seperti Infineon, Honda,
Huawei, Intel Microelectronics, Jabil Penang Sdn. Bhd, Texas Instruments Sdn. Bhd., Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here