Rakaman percakapan MCMC dilakukan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lalu.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang warga emas yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Menurutnya, lelaki itu telah memuat naik komen bersifat jelik melampau menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman aplikasi Facebook yang dipercayai milik beliau.

Rakaman percakapan ke atas lelaki tempatan yang berusia 63 tahun itu telah dijalankan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lalu.

Sebuah telefon bimbit berserta kad sim yang digunakan oleh suspek untuk memuat naik komen telah disita bagi tujuan analisis forensik.

“MCMC tidak akan berkompromi dan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan platform media sosial khususnya menyentuh isu 3R (agama, kaum, dan institusi diraja) yang berpotensi mengakibatkan ketegangan antara agama dan mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 atau penjara maksimum sehingga du tahun atau kedua-duanya sekali.

Kertas siasatan akan ditaklimatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi mendapatkan keputusan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here