Gambar ihsan bomba.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki patah bahu kiri selepas motosikal ditunggangnya masuk dalam longkang di Plaza Tol Rawang (PLUS) Lebuhraya Utara-Selatan Sungai Bakau Rawang dekat sini hari ini.

Menurut bomba, kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan mangsa berbangsa Melayu yang berusia 33 tahun.

“Laporan oleh Komander Operasi kemalangan melibatkan sebuah motorsikal jenis Yamaha Y15 terbabas sendirinya.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba pada pukul 8.30 pagi seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here