Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 60 liter minyak petrol dan tangki ubah suai ditemui dalam kereta - Foto ihsan PGA

PUTRAJAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak petrol yang dikesan di bawah jambatan Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, operasi pada pukul 10 pagi, Selasa lalu dijalankan selepas pihaknya mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan dalam Op Taring WAWASAN Kelantan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 60 liter minyak petrol dan tangki ubah suai ditemui dalam kereta tersebut dan disyaki untuk diseludup masuk ke negara Thailand.

“Anggaran nilai rampasan bernilai RM8,123 termasuk nilai kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Nik Ros Azhan, kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here