Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek beramah mesra dengan pelajar ketika membuat tinjauan penyerahan keputusan SPM Tahun 2024 di SMK Convent Kajang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL 24 APRIL 2025.

KAJANG – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjadikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang disifatkan antara terbaik dalam sejarah sebagai asas untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan peperiksaan yang sama pada masa akan datang.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beberapa pendekatan baharu masih perlu dikenal pasti bagi memastikan prestasi pelajar terus dipertingkat meskipun terdapat peningkatan.

“Ini antara keputusan terbaik dalam sejarah SPM. Kita merakamkan ucapan syukur dan tahniah kepada semua calon SPM 2024 yang menerima keputusan mereka pada pagi ini.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak-anak, guru-guru, ibu bapa dan seluruh ahli masyarakat yang memberikan sokongan kepada anak-anak kita secara keseluruhannya. Keputusan ini amat membanggakan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek beramah mesra bersama pelajar ketika membuat tinjauan penyerahan keputusan SPM Tahun 2024 di SMK Convent Kajang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL 24 APRIL 2025.

“Keputusan ini juga menunjukkan peningkatan dan memberi gambaran mengenai beberapa pendekatan yang perlu kita ambil untuk terus menambah baik.

“Keputusan pada pagi ini sangat penting terutama dalam persiapan untuk SPM tahun ini,” katanya selepas membuat tinjauan penyerahan keputusan SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang di sini hari ini.

Keputusan SPM 2024 yang diumumkan hari ini merekodkan pencapaian terbaik sejak 2013, dengan mencatat Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 berbanding 4.60 pada 2023.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, bilangan calon mendapat sekurang-kurang kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2024, turut meningkat kepada 86,040 orang berbanding 83,112 pada 2023. – MalaysiaGazette

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek beramah mesra bersama pelajar ketika membuat tinjauan penyerahan keputusan SPM Tahun 2024 di SMK Convent Kajang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL 24 APRIL 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here