Datuk Amizar Abu Adam merasmikan Majlis Penutup 3rd Malaysian Native Scouts Jamboree 2025 di Lipis, hari ini

KUANTAN – Seramai 1,769 ahli pengakap mengambil bahagian pada Malaysian Native Scouts Jamboree 2025 kali ketiga penganjurannya selama empat hari berakhir hari ini di Lipis.

Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Dr. Mohammed Mukhyuddin Sarwani berkata, peserta terdiri daripada wakil  kawasan luar bandar, pedalaman Sabah dan Sarawak serta rakan-rakan dari komuniti Orang Asli Semenanjung.

Jambori tersebut meneruskan kejayaan edisi pertama, tahun 2019 dan kedua tahun 2022 menunjukkan pertambahan peserta.

”Tema tahun ini, Scouting in Community menggambarkan hubungan timbal bali, antara Pergerakan Pengakap dan komuniti.

”Objektif utama jambori ini adalah untuk melibatkan kanak-kanak Orang Asli dalam aktiviti yang dapat mengembangkan fizikal, intelektual, emosi, dan sosial mereka,” katanya.

Menurutnya jambori tahun ini menampilkan stesen-stesen yang pelbagai termasuk aktiviti lasak, kemahiran Orang Asal, tarian Orang Asal dan pendidikan (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) STEM yang inovatif.

Mohammed Mukhyuddin berkata, pasukan pengakap terus berusaha memberi khidmat kepada masyarakat, manakala masyarakat membentuk perwatakan serta kepimpinan pasukan itu sendiri.

Bagi mengukuhkan lagi kedua-dua pihak sekali gus memberi manfaat kepada kedua-duanya dalam membina masa depan yang lebih mampan terutamanya bagi anak-anak Orang Asli dan komuniti Pribumi yang merupakan pewaris masa depan negara.

Ujar berliau ia sejajar dengan matlamat global di mana jambori ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 4 yang mengutamakan teras pendidikan berkualiti.

“Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) mengiktiraf hak murid Orang Asli untuk mendapatkan pendidikan yang adil, menyeluruh dan bermakna bukan hanya dalam bilik darjah tetapi juga melalui pengalaman luar seperti yang diberikan oleh jambori ini.

“PPM percaya bahawa setiap anak tanpa mengira lokasi, kaum, atau latar belakang, berhak untuk menerima peluang pembelajaran yang tidak formal yang mampu mengubah kehidupan mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong dan bekerjasama dalam menjayakan jambori itu.

Ia termasuk Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), para pemimpin pengakap, ibu bapa, dan penjaga.

Program 3rd Malaysian Native Scouts Jamboree 2025 yang berlangsung sejak 24 April di Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Koyan dan Laman Sejahtera, Pahang telah melabuhkan tirainya hari ini.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.

Hadir sama Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ahmad Sabri Saad dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pahang, Amin Nollah Lateh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here