Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli (Kredit: ZK Racing

KUALA LUMPUR – Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli sekali lagi beraksi cemerlang apabila menamatkan perlumbaan dua Grand Prix (GP) Sepanyol saingan Piala Rookies di kedudukan podium hari ini.

Berbekalkan kejayaan podium pada perlumbaan satu di Litar Jerez semalam, pelumba kelahiran Terengganu itu mempamerkan tunggangan terbaik apabila menamatkan saingan di kedudukan kedua, ketinggalan 0.031 saat (s) di belakang pelumba Australia Carter Thompson yang mencatat masa 25 minit 46.043s untuk meraih tempat pertama.

Pelumba Amerika Syarikat Kristian Daniel ketinggalan 0.294s di kedudukan ketiga.

Kejayaan berganda itu menyaksikan Hakim Danish mengungguli carta teratas perlumbaan itu dengan mengumpul 40 mata, di hadapan Thompson (38 mata) dan pelumba Sepanyol Brian Uriarte (25 mata).

Sebelum ini, pelumba berusia 17 tahun itu turut menaiki podium pada perlumbaan kedua edisi 2024 di litar berkenaan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here