Mantan Ketua Teknologi Maklumat (CIO) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Professor Ts Dr. Madihah Mohd Saudi.

KUALA LUMPUR – Sejak mutakhir ini, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan imej Jalur Gemilang yang tidak cukup sifat telah mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana ia melibatkan maruah bendera kebangsaan.

Namun begitu, sekiranya kreativiti ini tidak dipantau secara teliti penghasilannya dalam pemeliharaan identiti budaya di seluruh dunia, ia boleh membawa beberapa implikasi merangkumi dimensi budaya, etika dan teknologi.

Mantan Ketua Teknologi Maklumat (CIO) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Professor Ts Dr. Madihah Mohd Saudi berkata, AI mampu memberi sumbangan signifikasi menghasilkan rekabentuk visual menarik dan mengoptimkannya mengikut input diberikan penggunanya dalam menghasilkan attribut nasional yang diingini.

“Namun apabila menggunakan AI untuk mencipta simbol kebangsaan, beberapa pertimbangan etika dan peraturan mesti diambilkira termasuk kepekaan budaya untuk memastikan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.

“Penetapan garis panduan etika yang jelas dan rangka kerja peraturan adalah penting bagi memastikan penghormatan dan perwakilan simbol-simbol ini yang mempunyai nilai budaya dan signifikan.

“Transperasi dan akauntabilti dalam operasi AI juga penting untuk mengekalkan kepercayaan awam, manakala penghormatan terhadap warisan budaya pula bagi memelihara nilai-nilai sejarah.

“Reka bentuk juga harus memberi tumpuan kepada kelestarian dan kebolehpercayaan, serta garis panduan etika tertentu harus dibangunkan untuk mengurus risiko dan mematuhi piawaian undang-undang,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tambah Madihah, dengan prinsip tersebut, AI secara tidak langsung boleh digunakan secara bertanggungjawab dalam penciptaan simbol kebangsaan secara inklusif dan menghormati warisan budaya negara.

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi USIM berkata, sekiranya pengguna AI ingin menjaga maruah negara dalam dunia digital mereka perlu mewujudkan semangat patrotik yang kuat.

Selain itu, meningkatkan kesedaran dengan melibatkan komuniti dalam perbincangan mengenai kepentingan bendera kebangsaan untuk melahirkan rasa hormat demi mengurangkan pelanggaran etika.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada kerajaan untuk menggubal garis panduan AI dengan membangunkan Standard Piawaian Nasional bagi penggunaan elemen kenegaraan dalam ciptaan digital berasaskan AI.

“Ia termasuklah bendera, jata negara, lagu kebangsaan dan simbol rasmi lain selain menyediakan kit digital rasmi bendera Malaysia dalam pelbagai format (PNG, SVG, Al-ready) yang boleh diakses secara terbuka dan percuma di laman web rasmi organisasi masing-masing.

“Penapisan dan pengesahan kandungan AI iaitu mewajibkan mekanisme semak dan sah bagi produk digital melibatkan identiti nasional sebelum disiarkan dalam medium rasmi kerajaan atau institusi. Selain itu, pendidikan Literasi AI dan Patriotisme Digital dengan menyepadukan modul kesedaran dogital patriotik dalam sistem pendidikan dan latihan industri kreatif,” ujarnya.

Madihah juga menasihati kepada individu dan penggiat kandungan digitial untuk verifikasi sebelum terbit dengan sentiasa semak dan rujuk sumber rasmi bentuk bendera Malaysia dari Jabatan Penerangan.

Pada masa sama, mereka juga perlu memahami batasan AI dengan tidak kebergantungan kepada AI untuk aspek reka bentuk dan meningkatkan sentiasa menghormati sentimen nasional. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here