KUALA LUMPUR – Hujan lebat diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga pukul 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, situasi sama turut dijangka melanda beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette