Datuk Seri Mohd Soffi Abd. Razak (kanan) dan sekumpulan guru yang membuat aduan kepada Sultan Pahang di Chenor baru-baru ini.

MARAN – Permohonan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bota bagi Pembinaan Dewan Terbuka pada 2024 dalam Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) masih dalam pertimbangan sewajarnya.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Datuk Seri Mohd Soffi Abd. Razak berkata, pembinaan dewan tersebut bergantung kepada keperluan sesebuah sekolah dan  tertakluk kepada syarat yang digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan (KPM).

”Antara syaratnya mendapat Geran TPP KPM mempunyai kawasan sesuai, sekolah berkenaan mempunyai murid melebihi 500 orang.

”Syarat lain juga sekolah tersebut mempunyai dua sesi dan tidak mempunyai dewan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi hari ini bagi mendapatkan reaksi susulan sekumpulan guru memohon pembinaan dewan di sekolah berkenaan.

Jelas Mohd Soffi, syarat keenam pula menggalakkan pembinaan dewan yang dicadangkan itu boleh digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

Tambahnya, dewan bagi sekolah rendah hanya keutamaan kepada pembinaan ruang serbaguna terbuka dan ruang serbaguna tertutup memandangkan di sekolah rendah tiada keperluan dewan sebab tiada lagi peperiksaan utama.

Bagaimanapun pihaknya akan mencuba menilai untuk pertimbangan jika ada kesesuaian tapak untuk ruang serbaguna terbuka bagi keperluan murid.

”Namun setelah mendapat makluman dari pihak Jabtan Pendidikan Negeri (JPNP) saya merasakan agak sukar bagi mendapatkan Dewan Tertutup bagi SK Bukit Bota, Maran ini ekoran tidak memenuhi kriteria yg telah ditetapkan oleh KPM.

”Justeru itu pilihan lain adalah pembinaan ruang terbuka bagi pelbagai fungsi berbentuk ‘dataran kejat’,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan beberapa orang guru memohon pembinaan dewan pada sebuah kad kotak yang diadukan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika program Kembara Pahang 1.0 di Pekan baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here