Suriani menyantuni anak-anak istimewa dan petugas di Petubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) kompleks Penyanyang Kuantan di Indera Mahkota, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Syawal terus dirai meraikan kemenangan orang Islam.

Detik indah mengeratkan silaturahim lebih bermakna apabila diraikan bersama komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) atau dipanggil ‘anak-anak syurga’ di Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Kompleks Penyayang Kuantan hari ini.

Bagi isteri kepada Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datin Suriani Mohd Zain, kemeriahan beraya bersama pelatih PPDK itu diraikan KP memberinya pendedahan tentang komuniti OKU kepadanya.

”Pertama kali berkunjung ke Kompleks Penyayang ini dapat gambaran bukan sahaja tentang pelatih PDK tetapi terdapat golongan warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

”Melihat ibu bapa melayan ‘anak-anak syurga’ ini dengan kesabaran ia sungguh terkesan di hati dan perlunya pendedahan masyarakat luar sana agar membantu memberi sokongan kepada mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri berkenaan, Suriani sempat memberikan duit raya kepada 41 pelatih PPDK di samping mendendangkan lagu raya buat mereka.

Sebagai isteri wakil rakyat,  Datuk Ir. Razali Kassim, beliau terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab dan khidmat masyarakat.

Malah Suriani bersedia membantu dan memberi sokongan kepada golongan berkenaan serta menyertai aktiviti kesukarelawan di situ.

Dalam perkembangan sama, Pejabat Menteri Besar Pahang tidak ketinggalan meraikan Syawal bersama penghuni di situ.

Wakil rasminya, Wan Emril Wan Embong juga hadir menyampaikan sampul raya kepada semua pelatih dan petugas.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Penyelaras Dewan Undangan Negeri Beserah, Datuk Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid, ibu bapa dan para sukarelawan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here