Gambar FB Anwar Ibrahim.

KANGAR – Malaysia perlu meningkatkan keupayaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta penguasaan bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dalam kalangan anak muda untuk membina daya tahan ekonomi domestik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagi mencapai hasrat itu, bidang kejuruteraan, kecerdasan buatan (AI) dan digital perlu diutamakan selain mengikuti perkembangan ekonomi semasa.

“Jadi insya-Allah, kita bina daya tahan ekonomi…masuk lapangan kejuruteraan, AI, digital dan ikuti perkembangan ekonomi, jangan diheret isu-isu yang boleh memecahkan dan melemahkan kita, asyik kalau dengar ceramah gaduh saja, benci saja.

“Padahal kita ada kekuatan itu, bina negara ini, 10 tahun lagi, 20 tahun lagi ke mana nak dibawa rakyat dan anak-anak, fikir masa depan, nak gaduh soal kaum atau soal tafsiran ataupun angkat martabat supaya sama-sama kita menjadi sebahagian negara maju dan kuat hadapi ujian semasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis dekat sini hari ini.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid turut berkenan berangkat ke majlis itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here