Orang ramai duduk dan berbaring di atas lantai di stesen kereta api Atocha berikutan gangguan bekalan elektrik secara besar-besaran yang menjejaskan seluruh Semenanjung Iberia dan selatan Perancis, di Madrid pada 28 April 2025. Foto AFP

MADRID – Bekalan elektrik kembali pulih di bahagian Semenanjung Iberia lewat Isnin selepas gangguan besar menyebabkan sebahagian besar Sepanyol dan Portugal.

Gangguan besar-besaran itu menyebabkan operasi pengangutan termasuk pesawat terganggu, malah menjejaskan perkhidmatan di hospital.

Situasi itu menyebabkan Kementerian Dalam Negeri Sepanyol mengisytiharkan darurat negara, mengerahkan 30,000 polis di seluruh negara untuk menjaga ketenteraman ketika kerajaan dari kedua-dua negara mengadakan mesyuarat Kabinet tergempar.

Gangguan pada skala sedemikian sangat jarang berlaku di Eropah.

Puncanya gangguan masih tidak jelas, tetapi Portugal mendakwa ia berlaku dari Sepanyol dan Sepanyol menuding jari pada perpecahan dalam hubungannya dengan Perancis.

Perdana Menteri Portugal Luis Montenegro berkata, “tiada petunjuk” serangan siber telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang bermula sekitar 1033 GMT.

Namun begitu, khabar angin tersebar mengenai kemungkinan sabotaj, dan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez berkata, beliau telah bercakap dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte.

Sanchez berkata, negaranya telah mengalami kehilangan 15GW penjanaan elektrik dalam masa lima saat, bersamaan dengan 60% daripada permintaan negara.

Juruteknik sedang berusaha untuk mengenal pasti mengapa penurunan mendadak itu berlaku, katanya.

“Ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Joao Conceicao, ahli lembaga pengendali grid Portugis REN memberitahu wartawansyarikat itu tidak menolak kemungkinan “ayunan yang sangat besar dalam voltan elektrik, pertama dalam sistem Sepanyol, yang kemudian merebak ke sistem Portugis”.

“Mungkin ada seribu satu punca, terlalu awal untuk menilai puncanya,” katanya sambil menambah REN berhubung dengan Sepanyol.

Pengendali grid Sepanyol REE menyalahkan kegagalan sambungan dengan Perancis kerana mencetuskan gangguan itu.

“Tahap kehilangan kuasa adalah melangkaui sistem Eropah yang direka bentuk untuk mengendalikan dan menyebabkan terputusnya sambungan grid Sepanyol dan Perancis, yang seterusnya membawa kepada keruntuhan sistem elektrik Sepanyol,” kata Eduardo Prieto, Ketua Operasi Sistem REE.

Terdahulu, beberapa bahagian di Perancis mengalami gangguan seketika.

RTE, pengendali grid Perancis berkata, ia telah berpindah untuk menambah kuasa ke beberapa bahagian utara Sepanyol selepas gangguan berlaku.

Di Sepanyol, bekalan elekrik mula kembali ke negari Basque dan kawasan Barcelona pada awal petang, dan ke bahagian ibu kota Madrid pada malam Isnin.

Kira-kira 61% tenaga elektrik telah dipulihkan pada lewat Isnin, menurut pengendali grid nasional.

Enagas berkata, ia telah mengaktifkan sistem kecemasan untuk memenuhi permintaan semasa pemadaman.

Manakala Prieto memberitahu, usaha memulihkan sistem kepada normal akan mengambil masa “beberapa jam”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here