Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Ronald Kiandee

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat menuntut pengisytiharan kekosongan kerusi Parlimen Labuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 April lalu membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan yang difailkan Datuk Suhaili Abdul Rahman terhadap parti itu.

Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, memandangkan Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan Suhaili maka jelas alasan yang dijadikan sandaran oleh untuk Tan Sri Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi Parlimen Labuan dan menolak permohonannya dalam surat terdahulu bertarikh 9 Julai 2024  tidak lagi relevan dan terpakai.

“Oleh itu, Speaker tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menghormati dan menjunjung mulia Perlembagaan Persekutuan dengan membuat perisytiharan bahawa berlaku kekosongan bagi kerusi P.166 Parlimen Labuan untuk membolehkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat ketetapan untuk suatu pilihan raya kecil diadakan segera,” katanya.

Suhaili antara enam ahli Parlimen daripada Bersatu yang dibuang keahliannya pada Jun tahun lalu kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here