Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (tiga kiri) bergambar bersama pemimpin utama pada majlis penutup Persidangan Antirasuah Asia Selatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 APRIL 2025

PUTRAJAYA – Agensi anti rasuah Asia Tenggara mengambil kesepakatan untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam usaha mencegah dan membanteras rasuah menerusi pemeteraian Deklarasi Putrajaya.

Deklarasi oleh lapan negara iaitu Malaysia, Indonesia Brunei, Laos, Myanmar, Singapura, Timur Leste dan Kemboja itu meletakkan tujuh keutamaan terhadap kebebasan, ketelusan dan keberkesanan agensi anti-rasuah sebagai tunjang kepada tadbir urus baik dan pembangunan mampan di rantau ini.

Ia dibacakan bersama oleh Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Ketua Komisi Pembanteras Korupsi (KPK) Indonesia, Setyo Budiyanto di Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara: Recalling Jakarta Statement di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyampaikan ucapan penutup pada Persidangan Antirasuah Asia Selatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 APRIL 2025

Sementara itu, antara yang dipersetujui dalam Deklarasi Putrajaya itu ialah sokongan padu terhadap penubuhan serta pengukuhan agensi anti-rasuah bebas di semua negara dan mengiktiraf agensi ini sebagai institusi penting untuk mencegah dan memerangi rasuah dengan berkesan.

Deklarasi itu turut mengakui bahawa membina dan mengekalkan Agensi Bebas Pencegahan Rasuah memerlukan tindakan kolektif dan semua negara komited untuk bekerjasama, berkongsi pengalaman dan memberikan sokongan bersama untuk mengatasi cabaran yang terlibat dan menjemput pemegang kepentingan lain yang berkaitan untuk menyertai usaha itu.

“Kami menyedari kepentingan perkongsian maklumat sebagai elemen kritikal dalam memerangi rasuah dan komited untuk meningkatkan kerjasama dan dalam pertukaran maklumat termasuk dengan sektor swasta meliputi rangka kerja undang-undang masing-masing, untuk menyokong penyiasatan dan pendakwaan yang berkesan,” kata deklarasi itu.

Selain itu, Deklarasi Putrajaya itu juga komited untuk berkongsi amalan terbaik, Penglibatan dan Advokasi: menggalakkan penyelidikan dan pendidikan, mempromosi Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here