Harris Harun.

KUALA LUMPUR – Bekas kapten Johor Darul Ta’azim (JDT), Hariss Harun dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dengan menjadi sebahagian daripada barisan kepimpinan baharu FAS yang diketuai pemilik Lion City Sailors (LCS), Forrest Li untuk penggal 2025 hingga 2029.

Pelantikannya sebagai Naib Presiden FAS menjadikan beliau pemain aktif pertama menggalas peranan dalam badan induk bola sepak Singapura itu.

Selain Hariss, pengerusi Hougang United dan Tiong Bahru FC, Bill Ng; Pengurus Besar LCS, Tan Li Yu dan Ketua Staf Burnley, Sean Bai turut menggalas peranan sebagai Naib Presiden FAS.

Sebaik pelantikan Hariss disahkan, Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan bekas kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sebagai individu yang tepat untuk jawatan tersebut.

“Keputusan yang terbaik dan (beliau) berhak mendapatnya. Seorang pemain yang profesional dan manusia yang hebat,” ciapnya di paltform X.

Dua lagi legenda bola sepak Singapura turut menyertai barisan kepimpinan baharu FAS iaitu Aleksandar Duric dan Aide Iskandar Sahak.

Kedua-duanya masing-masing memenangi dua kerusi Ahli Majlis FAS daripada enam kerusi yang dipertandingkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here