Idea Live Arena kini merupakan terbesar di Malaysia yang terletak dalam pusat beli-belah iaitu 3 Damansara

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yakin pembukaan Idea Live Arena mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi budaya dan pelancongan bertaraf global.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, arena tertutup itu kini merupakan kawasan terbesar di Malaysia yang terletak dalam pusat beli-belah 3 Damansara di mana ia kedua terbesar secara keseluruhan di negara ini.

Menurut beliau, fasiliti tersebut diharap membantu pembangunan industri kreatif negara sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab perniagaan hiburan serantau dengan menyediakan ruang acara moden yang memenuhi piawaian antarabangsa.

“Kewujudan Idea Live Arena dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat khususnya di Petaling Jaya, dengan menarik kehadiran lebih ramai pelawat, komuniti perniagaan dan pelancong ke kawasan sekitar.

“Terletak strategik di dalam 3 Damansara, arena ini akan menghidupkan semula suasana bandar dan menyumbang kepada peningkatan trafik pelawat dan aktiviti ekonomi.

“Kemudahan seperti ini sangat penting dalam usaha kita untuk meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri kreatif di mana Idea Live Arena bukan sahaja mengalu-alukan produksi antarabangsa tetapi juga membuka peluang untuk bakat tempatan  dari pembikin filem, pemuzik hinggalah ke penggiat budaya yang bersinar di pentas bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini sempena pembukaan rasmi arena tertutup itu.

Pembukaan Idea Live Arena selari dengan usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelawat dari rantau ini dan seluruh dunia sekaligus menjadi pemangkin kepada kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Idea Live Arena yang mampu memuatkan sehingga 5,000 tempat duduk atau 7,000 tetamu dalam susunan duduk dan berdiri dibangunkan menerusi pelaburan berjumlah RM40 juta melibatkan kerja-kerja naik taraf struktur, pengubahsuaian dan pemasangan sistem teknikal terkini.

Dengan kelengkapan audio, pencahayaan dan visual bertaraf dunia, arena itu direka untuk menjadi destinasi utama bagi penganjuran konsert, persembahan langsung serta acara berskala besar.

Antara kemudahan eksklusif yang ditawarkan termasuk ruang legar sambutan yang luas, bilik persalinan artis serba lengkap serta lima kotak VIP mewah.

Azmir menambah, pembukaan Idea Live Arena itu juga selari dengan usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelawat dari rantau ini dan seluruh dunia sekaligus menjadi pemangkin kepada kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Katanya, ia juga sejajar dengan aspirasi nasional untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan budaya dan hiburan selari dengan matlamat kempen VM2026.

“Dengan kelengkapan canggih dan keupayaan menganjurkan acara bertaraf dunia, Idea Live Arena bersedia untuk memainkan peranan penting dalam menarik kehadiran pelancong serantau dan antarabangsa ke negara ini.

“Dengan pembukaan rasmi ini, Idea Live Arena melakar satu lagi kejayaan dalam landskap hiburan Malaysia membawa harapan baharu untuk industri hiburan dan pelancongan negara,” katanya.

Sementara itu, majlis perasmian Idea Live Arena diserikan dengan persembahan ikonik oleh Datuk Sheila Majid. – MalaysiaGazette

majlis perasmian Idea Live Arena diserikan dengan persembahan ikonik oleh Datuk Sheila Majid.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here