Para peserta terlibat dalam Karnival Teater 2025.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya menganjurkan acara tahunan iaitu Karnival Teater 2025 (KARVITER) kali ke-13 bagi menampilkan bakat dan karya para mahasiswa.

Karnival yang paling dinanti-nantikan itu kini muncul dengan wajah baharu lebih segar, menampilkan pelbagai inovasi kreatif, kolaborasi dinamik serta platform yang lebih inklusif untuk meraikan bakat-bakat seni daripada mahasiswa.

Pada tahun ini, Karviter berlangsung selama 2 minggu bermula 17 April sehingga 30 April 2025.

Sebanyak 12 kolej kediaman yang bertanding bagi merebut gelaran juara dengan mempertaruhkan produksi teater terbaik mereka dengan tema dan pendekatan yang unik.

Penyertaan tidak hanya terhad kepada pelajar ijazah sarjana muda bahkan membuka peluang kepada pelajar-pelajar asasi untuk menyertainya.

Setiap produksi teater dipersembahkan dengan kualiti produksi yang tinggi, merangkumi aspek lakonan, pengarah, rekaan pentas, pencahayaan serta penataan bunyi yang selari dengan standard industri seni persembahan.

Penganjuran KARVITER bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat dalam bidang seni persembahan malah turut berperanan membentuk jati diri, kepimpinan, semangat kerja berpasukan dan kreativiti dalam kalangan mahasiswa.

Inisiatif ini juga sejajar dalam melahirkan para graduan holistik yang seimbang daripada segi akademik, sahsiah dan keterampilan.

KARVITER 2025 akan menjadi medan pertemuan idea-idea segar dan persaingan sihat yang terus menyemarakkan kecintaan terhadap seni budaya tanah air serta semangat kesenian dalam kalangan mahasiswa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here