SFC2025 melibatkan lebih 200 delegasi daripada sekitar 70 syarikat yang terdiri daripada pengarah serta pengurusan kanan.

KUALA LUMPUR – Memberi tumpuan kepada impak masa depan makanan lestari, Sustainable Food Camp 2025 (SFC2025) kini menjadi platform dinamik menjalin perkongsian antarabangsa dan mempercepatkan penyelesaian praktikal yang menggabungkan pelbagai pandangan budaya, teknologi dan amalan berasaskan kelestarian.

Bertema Future Foods: Innovating Today, Sustaining Tomorrow, SFC2025 memberi penekanan terhadap kerjasama rentas sempadan serta penciptaan bersama global menerusi tiga teras utama iaitu penambahbaikan alam sekitar, akses kepada
kesihatan dan tanggungjawab sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif Sustainable Food Asia, Satoshi Umino berkata, kerjasama yang terjalin daripada kem terdahulu mula menampakkan hasil dan pihaknya terus menjadi penghubung antara negara bagi mencari penyelesaian terbaik untuk
membentuk masa depan makanan lestari dan inovasi.

“Kami menghimpunkan wakil dari sembilan buah negara termasuk Jepun, Malaysia, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia yang lain melibatkan lebih 200 delegasi daripada sekitar 70 syarikat yang terdiri daripada pengarah serta pengurusan kanan.

“Tujuan utama perhimpunan ini adalah untuk merintis penyelesaian bersama ke arah memajukan kemakmuran menerusi industri makanan yang lestari.

“Inovasi sentiasa berlaku dan ia tidak akan berjalan sempurna tanpa sokongan daripada pelbagai pihak dan atas sebab itu kami menganjurkan SFC untuk mengumpulkan mereka yang mempunyai matlamat yang sama untuk membentuk
masa depan makanan lestari dan inovasi untuk generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara syarikat gergasi yang menjadi rakan kongsi utama SFC2025 ialah Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Ikeda Tohka Industries Co. Ltd., Kikkoman Corporation, Resorts
World Awana, dan ROHTO Pharmaceutical Co. Ltd.

Syarikat gergasi turut menjadi rakan kongsi utama SFC2025.

Kehadiran nama-nama besar ini memperlihatkan sokongan pelbagai sektor daripada makanan, hospitaliti hingga farmaseutikal terhadap inisiatif transformasi lestari industri makanan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Yong Kum Cheng turut menyatakan sokongan untuk berkongsi teknologi dan penyelidikan bagi mencipta masa depan yang lebih baik.

“Ini merupakan satu platform yang dinamik dan selari dengan misi Ajinomoto untuk membawa kebahagiaan menerusi makanan.

“SFC2025 melihatkan semakin ramai syarikat berhimpun dan membawakan idea baharu untuk bersama-sama mencipta
penyelesaian bagi masa depan makanan global yang mampan.

“Kami juga mempunyai teknologi yang mampu menyokong idea kepada strategi dan membantu bumi menjadi lebih baik dan sekaligus memajukan kelestarian dalam industri,” katanya.

SFC2025 turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Resorts World Genting dan Sustainable Food Asia Co. Ltd., yang menandakan permulaan kerjasama strategik antara industri hospitaliti dan makanan lestari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here